PENGENALAN

Pengenalan

     Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik. Pelajar yang mengikuti kursus ini disyaratkan lulus latihan industri sebelum ianya diperakukan bagi penganugerahan Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Tempoh latihan industri yang dijalankan oleh semua pelajar kolej komuniti adalah selama 20 minggu atau 1 semester. Pelajar layak menjalani latihan industri setelah mereka tamat menduduki dua kali peperiksaan akhir bagi kursus diploma.

    Pelajar-pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau swasta bagi membolehkan mereka merasai suasana pekerjaan yang sebenar yang mana berbeza dari suasana di politeknik. Pelajar diberi pilihan untuk memohon tempat latihan sama ada melalui pihak politeknik masing-masing atau membuat permohonan sendiri. Pelajar juga dikehendaki memohon tempat latihan yang bersesuaian dengan bidang yang dipelajari di politeknik.

Objektif



    Program Latihan Industri  Politeknik Mersing Johor merupakan satu latihan teknikal di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Latihan industri yang dijalankan selama satu semester ini merupakan sebahagian daripada sukatan mata pelajaran di politeknik. Selain daripada itu, ia juga merupakan satu sistem yang mesti diikuti oleh para pelajar sebelum melangkah ke semester baru.

      Latihan yang berlangsung selama satu semester ini dijalankan di jabatan kerajaan atau swasta yang memberi kerjasama dengan pihak politeknik untuk membenarkan para pelajar menjalankan latihan industri. Secara am, objektif latihan industri adalah bertujuan:-
  •  Mendedahkan para pelajar akan situasi yang akan mereka hadapi apabila sudah bekerja kelak.
  •  Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang di pelajari di kelas untuk di praktikkan semasa menjalani latihan praktikal.
  • Menanam semangat kerja berpasukan dan menjalinkan perhubungan yang baik sesama pekerja.
  • Mendisplinkan diri para pelajar di tempat kerja dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat.
  • Menanam sifat bertanggungjawab, amanah dan berkeyakinan diri dalam menjalankan sesuatu pekerjaan        yang telah diberikan.

Objektif Laporan Latihan Industri

Secara amnya, objektif laporan ini dibuat adalah bertujuan untuk memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk mendapatkan penganugerahan Diploma Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.. Sebab itu, penulisan laporan ini amat penting untuk membantu pensyarah-pensyarah menilai para pelajar.

Dengan melalui laporan ini, para pelajar dapat menerangkan secara terperinci tentang aktiviti yang telah dijalankan semasa tempoh latihan industri. Secara tidak langsung ianya dapat melatih para pelajar memahirkan diri untuk membuat laporan dan memudahkan mereka apabila memasuki alam pekerjaan kelak.

Antara objektif laporan latihan industri ialah :-
  • Memberi gambaran kepada pembaca mengenai kegiatan gerak kerja yang di lakukan pelajar dan seterusnya peranan jabatan atau firma tersebut.
  • Sebagai buku untuk mengumpulkan segala maklumat dan data yang di perolehi semasa menjalani latihan industri.
  • Menerangkan dengan lebih jelas kerja yang di buat berdasarkan buku laporan harian pelajar.
  • Sebagai gambaran awal dan rujukan kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri.
  • Sebagai rujukan kepada pengurusan syarikat untuk penambahbaikan kepada syarikat di masa akan datang.
  • Memenuhi syarat penganugerahan Sijil Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Terdapat banyak kepentingan di dalam latihan industri kepada para pelajar. Antara kepentingannya ialah memberi pendedahan kepada para pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar.  Perkara ini sedikit sebanyak dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna kepada para pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan kelak. Justeru itu, melalui latihan industri para pelajar boleh memahami teori yang telah dipelajari di kolej komuniti dengan melakukan kerja-kerja praktikal. Oleh itu, latihan industri banyak membantu para pelajar untuk lebih memahami bidang yang mereka belajar di kolej komuniti.

Selain itu, dapat mendidik para pelajar menjadi pelajar yang lebih bertanggungjawab dalam mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan amanah dalam tugasan yang diberikan. Disamping itu, dapat meningkatkan keyakinan diri dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sebab dari latihan industri ini para pelajar dapat melihat cara bekerja yang efektif dan berkaliber untuk menjadi pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab. Oleh sebab itu juga, semasa dalam tempoh latihan industri penyelia sesebuah syarikat akan menilai kemampuan para pelajar dalam melakukan pekerjaan. Jika prestasi para pelajar bagus, tiada masalah untuk mendapatkan pekerjaan apabila sudah tamat pengajian.

Kesimpulannya, latihan industri ini banyak memberi pengalaman dan pembelajaran bagi para pelajar sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar kelak.

Latar Belakang Firma

Misi
  • Memperkaya dan memperkasa masyarakat melalui perkhidmatan yang releven, mudah capai dan berkualiti tinggi.
  • Membangunkan prasarana perpustakaan yang lengkap, selesa, kondusif serta terkini bagi memenuhi keperluan masyarakat.
  • Merealisasikan sebuah pusat pengumpulan koleksi negeri.
  • Membantu kerajaan negeri nmenurunkan kadar jenayah dan gejala sosial. 


    Visi
    • Menjadi pusat pembelajaran sepanjang hayat yang dapat membina kekuatan spiritual, emosi dan intelektual.

    Piagam Pelanggan
    • Membangunkan sesuatu aplikasi dalam tempoh yang manasabah bergantung kepada skop dan kerumitan aplikasi
    • Menyelenggarakan aplikasi-aplikasi yang telah dibangunkan dengan sempurna, dengan up-time tidak kurang dari 90% sepanjang tahun
    • Menyeolenggarakan Pusat Data/Server Farm dengan masa up-time tidak kurang dari 80% sepanjang tahun
    • Menguruskan keselamatan semua portal dan server dengan kadar pencerobohan atau insiden tidak lebih dari 5 kali setahun.


    Organisasi PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA (DEP.IT)
     
    ;