Kesimpulan

Setelah lebih kurang lima bulan menjalani latihan industri, pelbagai ilmu serta pengalaman dapat dipelajari oleh saya dalam masa yang mengizinkan di PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA. Saya telah didedahkan dengan tugas dan tanggungjawab dalam mengendali sebuah sistem yang menggunakan PHP.

Selain itu juga, saya diajar cara untuk berkomunikasi agar mudah mengetahui lebih mendalam tentang masalah komputer. Dalam masa yang sama juga, saya telah dinasihati oleh para pekerja di sini supaya sentiasa memberi komitmen dan kerjasama kepada rakan sekerja melalui semangat kerjasama.

Ini kerana sikap ini sangat penting untuk dipraktikkan di alam pekerjaan yang sebenar di samping membina keyakinan diri apabila menempuhi alam pekerjaan yang sebenar. Ini kerana langkah ini dapat memberikan pelajar tentang pengalaman berada dalam keadaan suasana pekerjaan yang sebenar di samping membina jati diri pada pekerjaan pada masa hadapan.
 
;