Dapatan & Cadangan

Kepada Pihak Politeknik:-

  • Memberikan pendedahan yang luas dengan menyertakan Skop Latihan Industri setiap jurusan secara terperinci semasa menghantar borang permohonan Latihan Industri, untuk perhatian pihak syarikat samada swasta mahupun kerajaan. Ini membolehkan pihak terbabit memahami serta mengetahui bahawa pelajar tersebut sesuai atau tidak menjalani latihan di tempat mereka.
  • Ada sesetengah syarikat mengambil pelajar untuk menjalani Latihan Industri yang tidak sesuai dengan jurusan yang diambil. Sekiranya tempat itu tidak sesuai, mereka boleh menukar tempat yang lain dengan mengikut syarat yang ditentukan. Hal ini kerana, terdapat beberapa kes yang melibatkan ketidaksesuaian tempat menjalani latihan.
  • Saya juga mencadangkan agar pihak Politeknik menitik beratkan lawatan dari pihak penyelaras ke tempat–tempat pelajar menjalani Latihan Industri seperti yang telah dijanjikan di dalam buku dan taklimat yang diberi. Jika perlu tetapkan masa, tarikh, dan waktu untuk membuat lawatan ke tempat latihan pelajar. Ini kerana kerana bukan sahaja pelajar yang tertunggu-tunggu tetapi penyelaras serta kakitangan di syarikat tersebut juga ternanti-nanti kunjungan pihak pensyarah Politeknik.
  • Saya juga memberi cadangan supaya pihak politeknik dapat memberi kelonggaran dan masa yang agak panjang untuk pelajar menyediakan dan meneliti Laporan Latihan Industri. Kerjasama yang dihulurkan oleh pensyarah-pensyarah juga di perlukan dalam menghasilkan laporan yang baik dan berkualiti.


Kepada Pihak Syarikat :-

  • Pihak syarikat perlulah merancang dan mengkaji tempat yang sesuai dengan tahap pelatih sebelum menempatkan mereka di mana-mana jabatan. pihak syarikat perlulah memperkenalkan sayrikat dan aktiviti yang dijalankan kepada orang awam ini kerana masih ramai orang di luar kawasan ini tidak tahu mengenali aktiviti yang dilakukan oleh syarikat.
  • Hendaklah menjalankan promosi di semua Institusi pengajian tinggi untuk memperkenalkan syarikat dan membuka peluang lebih ramai kepada pelatih untuk menjalani latihan industri di syarikat ini.
  • Menyediakan perancangan tugas yang lebih teratur untuk pelajar yang akan menjalani latihan industri di syarikat ini
  • Menunjukan kesungguhan dan kerjasama yang baik kepada pelajar dengan jelas supaya pelajar dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan cemerlang.
 
;