Dedikasi & Penghargaan

-: DEDIKASI

Khusus untuk bonda tersayang iaitu Puan Hajah Salmah serta seisi keluarga yang telah banyak memberikan sokongan, dorongan dan nasihat kepada saya. Kepada warga PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR(PPAS) atau PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA yang tidak lupa, telah memberi peluang saya berada disini. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT(NETWORKING) yang turut membantu secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan laporan ini.



________________________________________________



-: PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke Hadrat Ilahi kerana dengan segala limpah dan kurnia yang telah di berikan kepada saya, akhirnya berjaya juga saya menamatkan sesi Latihan Industri yang saya jalankan selama hampir 5bulan seperti yang di kehendaki oleh pihak Politeknik Mersing Johor. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri di Perpustakaan Raja Tun Uda. Bahagian Teknologi Maklumat, saya telah didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya telah perolehi dalam tempoh 20 minggu berada di Perpustakaan Raja Tun Uda. Jikalau di Politeknik Mersing Johor, saya lebih banyak terdedah kepada pengetahuan dalam bentuk teori dan amali hanya di dalam bilik kuliah sahaja tetapi di Perpustakaan Raja Tun Uda, disamping menambah ilmu didalam bentuk teori, saya turut terdedah kepada bentuk praktikal di mana saya dapat mempraktikkan segala pengetahuan yang saya ada.

Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada Encik Zainuddin bin Tasiman kerana sudi menerima saya menjalani Latihan Industri di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam. Beliau banyak memberikan nasihat, dorongan dan kata-kata peransang kepada saya. Tidak lupa juga kepada pekerja-pekerja di Perpustakaan Raja Tun Uda yang sudi memberi tunjuk ajar, nasihat dan kata-kata peransang yang tidak mungkin akan saya lupakan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para pensyarah di Politeknik Mersing Johor di atas tunjuk ajar dan panduan yang diberikan oleh mereka dalam menyediakan Buku Laporan Industri ini. Tanpa kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, saya tidak mungkin dapat menyiapkan Buku Laporan Industri saya ini. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan buku laporan saya ini.
 
;