Perpustakaan Dalam Taman
Pembinaan bangunan baru Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU), Shah Alam
dimulakan pada September 2007 di lokasi yang strategik, aman dan hijau
iaitu bersesuaian dengan konsep ’Perpustakaan Dalam Taman’. Dengan
memberi kelainan kepada peranan perpustakaan iaitu selain dari memberi
perkhidmatan kepada pelajar, penyelidik, dan pendidik, perpustakaan juga
akan menjadi tempat beriadah seisi keluarga, sahabat-handai bahkan
tempat mencari ilham kepada pencinta seni.
Bangunan perpustakaan
ini adalah berkeluasan 18,992 mps (203,600 kaki per segi), mempunyai
ketinggian setinggi 6 tingkat dan ia dapat memuatkan lebih kurang 2,500
orang pengunjung serta 400,000 naskhah buku pada satu-satu masa.
Perpustakaan RATU merupakan ibu pejabat kepada 96 perpustakaan lain yang
terdapat di Selangor.
Perasmian
Majlis pecah tanah perpustakaan RATU telah disempurnakan oleh Duli Yang
Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 27
Ogos 2005 dan ia juga telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh
Baginda Sultan pada 10 Disember 2011.
Nostalgia PPAS
Bermula dengan pengambilalihan Kuala Lumpur Book Club sebagai Ibu
Pejabat pada tahun 1971, perpustakaan-perpustakaan dikembangkan ke semua
sembilan daerah dengan penubuhan Perpustakaan Daerah, Perpustakaan
Cawangan, Perpustakaan Bergerak, Perpustakaan Pekan dan Perpustakaan
Desa.
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
(PPAS) telah ditubuhkan melalui Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam
Selangor 1968 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan No.5, bertarikh
27 Mac 1969 serta Warta Kerajaan No.7, 1975 (pindaan).
Pada tahun 1986, PPAS telah berpindah ke bangunan baru di Persiaran
Bandaraya, Shah Alam yang menjadi nadi pentadbir, menyelenggara serta
menyelaras seluruh perpustakaan-perpustakaan di negeri Selangor
sehinggalah ia melalui fasa penjenamaan semula dan pindah ke bangunan
yang lebih canggih dan selesa.
Maklumat Korporat PPAS
2 Bahagian Rujukan dan Penyelidikan
3 Bahagian Rangkaian Perpustakaan
4 Bahagian Perkhidmatan Perpustaakan RATU
5 Bahagian Pendokumentasian
6 Bahagian Perolehan Koleksi
7 ✔ Bahagian Teknologi Maklumat
8 Bahagian Perancangan dan Pembangunan
9 Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan
10 Anugerah Pekerja Cemerlang 2011 & 2012
11 Pengurusan PPAS
12 Perutusan Pengarah
13 Pengurusan PPAS
14 Ahli Lembaga Pengarah
15 Perutusan Pengarah
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Fungsi Bahagian :
- Merancang, menyelaras dan mentadbir projek pengkomputeran di PPAS.
- Memberi khidmat sokongan dalam pembinaan struktur data.
- Menyelaras rangkaian komputer setempat.
- Menyelenggara pembinaan dan pengemaskinian Laman Web.
- Bekerjasama dengan institusi lain dalam mewujudkan rangkaian tertentu.
Piagam Pelanggan :
- Menyedia dan menyelaras infrastruktur perkakasan dan perisian komputer supaya berada dalam keadaan baik dan memenuhi keperluan pelanggan.
- Mempastikan sistem komputer dan rangkaian perpustakaan dapat beroperasi dengan efisyen pada waktu penggunaan.
- Mempastikan maklumat dalam pangkalan data adalah terpelihara dan terjamin keselamatannya.
- Mengambil tindakan bagi kerosakan komputer dalam tempoh dua (2) hari bagi kerosakan Minor dan tujuh (7) hari bagi kerosakan Major.
- Mengemaskini Laman Web setiap bulan.
- Bersikap terbuka menerima cadangan dan teguran pengguna.
Bahagian Teknologi Maklumat PPAS turut disokong oleh Unit Pengurusan Ilmu atau Knowledge Management. Pejabat Bahagian Teknologi Maklumat dan Unit Pengurusan Ilmu, PPAS terletak di alamat
Tingkat 2, Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf 13/6,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Unit Pengurusan Ilmu
klik disini : KNOWLEDGE MANAGEMANT(IT-KM)