Perkhidmatan Multimedia telah dimulakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada tahun 1999 atas inisiatif bahagian Komputer/ Multimedia (kini dikenali sebagai Bahagian Teknologi Maklumat). Ia bertujuan merapatkan jurang digital dikalangan masyarakat negeri Selangor. Perkhidmatan yang disediakan ialah mengakses internet, penggunaan CD-ROM, mengimbas dan mencetak dokumen. Perkhidmatan ini juga telah diperluas ke perpustakaan-perpustakaan cawangan dan pekan. Di antara perpustakaan yang memberikan perkhidmatan ini ialah :
- Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
- Perpustakaan Daerah Hulu Langat
- Perpustakaan Daerah Kuala Selangor
- Perpustakaan Cawangan Kajang
- Perpustakaan Komuniti Sri Manja
- Perpustakaan Komuniti Sri Perantau
- Perpustakaan Komuniti Ampang Waterfront
- Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya
- Perpustakaan Desa Sijangkang
- Perpustakaan Desa Bukit Bangkong